fbpx

Peruntukan RM153.2 juta bangun kawasan Kelantan Selatan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) semasa tiba di Majlis Santunan Kasih Ramadan Kesedar di Masjid Mukim Batang Merbau, Tanah Merah sebentar tadi. FOTO ROSMIZAN RESDI

TANAH MERAH – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM153.2 juta untuk pembangunan wilayah Kelantan Selatan yang disalurkan kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana itu diperuntukan bagi tempoh empat tahun bermula 2021 hingga 2024 seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurutnya, sebanyak RM36.47 juta telah diluluskan kerajaan pada tahun ini merangkumi pelaksanaan 27 program dan projek pembangunan di kawasan itu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM7.2 juta telah diberikan kepada rakyat Tanah Merah untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan melibatkan kemudahan awam, infrastruktur perhubungan dan utiliti desa yang bakal memberi manfaat langsung kepada lebih 10,000 orang penduduk.

“Selain itu, projek menaik taraf jalan ke Kampung Kusial di sini yang menelan belanja sebanyak RM42.5 juta akan dilaksanakan di bawah kementerian lain. Projek itu dijangka siap pada 2026 sekali gus mampu menyelesaikan isu jalan perhubungan yang terputus ke kampung berkenaan semasa banjir,” katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kesedar di Masjid Mukim Batang Merbau, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah berkata, Kesedar telah membina sebanyak 35 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melibatkan kos sebanyak RM2.3 juta bermula 2021 hingga tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI