fbpx

[VIDEO] Akuarium kelisa jadi kolam renang anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang kanak-kanak berenang di dalam sebuah akuarium.

PETALING JAYA – Tindakan seorang bapa mengizinkan anaknya untuk berenang di dalam akuarium mendapat perhatian orang ramai.

Melalui perkongsian video berdurasi satu minit di TikTok lelaki berkenaan, anak lelaki terbabit dilihat berenang bersama beberapa ekor ikan kelisa yang berada di dalam akuarium tersebut.

“Kita layankan saja, dia nak berenang dalam tank,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat video berkenaan.

“Ini mesti ayah yang jaga, kalau ibu jaga tak dapat punya berenang dalam akuarium,” kata Chamomile.

“Ya Allah ingatkan nak tunjuk ikan besar, dua kali tengok baru perasan ada budak,” kata Anilawati.

“Rugi aku masa kecik tak buat begini, yang aku tahu mandi kolah dalam bilik air saja,” kata Norhidayah.

“Jimat duit ayah, tak perlu bawa pergi snorkeling pulau dekat Gombak pun boleh,” kata Est Tea.

Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 700,000 tontonan dan lebih 2,000 komen. – KOSMO! ONLINE

@superwanvr46 #fyp #kenangan ♬ Ramadhan Tiba – Opick

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI