fbpx

PPM tahan lelaki cuba seludup keluar 595 bungkusan minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 35 kotak berisi 595 bungkusan minyak masak paket satu kilogram dirampas PPM di kawasan pesisir pantai Kampung Takun, Tungku, Lahad Datu semalam.- Foto IHSAN PPM

LAHAD DATU – Sebanyak 35 kotak berisi 595 bungkusan minyak masak peket satu kilogram dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan pesisir pantai Kampung Takun, Tungku semalam.

Dalam rampasan sekitar pukul 10.30 malam itu, turut ditahan seorang lelaki dipercayai cuba menyeludup minyak masak berkenaan ke negara jiran.

Suspek berusia 40 tahun ditahan bersama kesemua minyak masak terbabit selepas pasukan bertugas mengesan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berdekatan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Abdul Nasir Othman berkata, PPM Lahad Datu yang membuat risikan dan pemantauan di kawasan pantai berkenaan sebelum mendapati terdapat sebuah kenderaan bersama longgokan kotak minyak masak di atas tanah.

“Apabila pasukan serbuan menghampiri ke kawasan itu, tiga lelaki bertindak melarikan diri.

ditahan seorang lelaki dipercayai cuba menyeludup minyak masak berkenaan ke negara jiran.

“Pasukan serbuan kemudian mengejar dan berjaya menahan seorang daripada tiga lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan pemilikan barang-barang bersubsidi dan semua minyak masak itu disyaki akan diseleweng atau diseludup ke negara jiran.

Katanya lagi, jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan bernilai RM101,487.50, manakala tangkapan dan rampasan dibawa ke markas operasi PPM Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI