fbpx

Geng RS kuning: Penganggur pakai motor isteri keluar meragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anbalagan menunjukkan motosikal RS150R yang digunakan suspek untuk meragut mangsa.

SERDANG – Dua penganggur warga tempatan terima padah selepas tindakan meragut seorang pejalan kaki wanita di Jalan Merpati 6 Bandar Puchong Jaya, di sini, 8 Mac lalu berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, kejadian ragut membabitkan seorang wanita berusia 27 tahun itu berlaku pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,500 selepas beg silangnya diragut seorang suspek yang menunggang motosikal jenis RS150R berwarna kuning berhelmet biru, memakai jaket putih dan berseluar hitam.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang berjaya menangkap seorang suspek lelaki tempatan (B1) di sebuah pangsapuri Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, Puchong pada pukul 11.30 malam, pada 13 Mac.

“Turut ditahan seorang lagi suspek tempatan (B2) lelaki dipercayai rakan sejenayah yang dipercayai terlibat dalam kes yang sama,” katanya ketika sidang akhbar di IPD Serdang, di sini, hari ini.

Katanya, pada hari kejadian, kedua-kedua suspek turut melakukan sebanyak tiga aktiviti ragut di lokasi berbeza sekitar Seri Kembangan menggunakan motor sama yang melibatkan tiga mangsa termasuk seorang lelaki.

“Keseluruhan kerugian yang kita percayai dilakukan oleh Geng RS Kuning ini mencecah RM5,000,” jelasnya.

Kedua-dua suspek, B1 dan B2 tidak mempunyai pekerjaan dan masing-masing berusia 29 tahun dan 20 tahun manakala suspek B1 mempunyai tiga rekod dadah dan tiga rekod jenayah lampau.

“Suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat serta jenayah ragut lain disekitar pentadbiran IPD Serdang.

“Suspek negatif dadah dan direman selama tujuh hari bermula 13 Mac hingga 19 Mac mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan orang awam yang pernah menjadi mangsa ragut kepada suspek ini untuk membuat laporan polis dan sekiranya mempunyai maklumat individu yang mencurigakan boleh memberi maklumat kepada pihak polis untuk diambil tindakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI