fbpx
NOOR FARAAEIN bersama empat anaknya di Kampung Siput, Pasir Mas baru-baru ini.

Suami hilang, lima beranak hidup merana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang suri rumah kini hidup dalam ke­sempitan dan membesarkan empat anaknya berusia antara tiga hingga sembilan tahun bersendirian apabila ditinggalkan suaminya tanpa khabar berita selepas dikatakan keluar be­kerja sejak setahun lalu.

Noor Faraein Mohamed Judin, 32, berkata, sejak ditinggalkan suami, mereka lima beranak hidup dalam keadaan tidak tentu arah kerana dia sendiri masih belum bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga anak kecilnya berusia tiga tahun.

Katanya, setakat ini, dia hanya bergantung kepada belas ihsan penduduk kampung dan keluarga terdekat yang membantunya membeli keperluan harian.

Ujarnya, kehidupan mereka memang susah dan perit, pernah menyuruh anak-anak minum air kosong untuk menahan lapar selepas kehabisan wang untuk
membeli makanan dan keperluan dapur.

“Saya juga pernah memasak nasi goreng dengan garam dan hidangan itu dimakan untuk kami berempat tiga kali sehari.

“Apa yang saya paling sedih ialah tidak mampu membeli persiapan persekolahan dua anak yang memulakan sesi persekolahan pada Ahad lalu.

“Saya meminta mereka memakai baju sekolah lama buat sementara waktu. Jika ada rezeki, saya akan belikan kelengkapan baharu buat mereka selepas ini,” katanya ketika ­ditemui ­Kosmo! di Kampung Siput, Meranti di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana rumah yang mereka tinggal merupakan rumah pusaka arwah nenek suami.

Katanya, dia dan anak-anak dibenarkan untuk tinggal di rumah tersebut meskipun suami hilang tanpa khabar berita sehingga sekarang.

Menurut Noor Faraein, pemilik kedai di kampung itu juga tidak keberatan untuk memberi hutang kepadanya bagi mendapatkan barangan keperluan, bagaimanapun, dia tidak mahu mengajar dirinya untuk berhutang.

Selain itu, dia amat ber­syukur kerana ada individu membantu menjelaskan bayaran bil elektrik dan air tertunggak mencecah RM1,000.

Orang ramai yang ingin ­membantu boleh menghubungi Noor Faraein di talian 011-1798 8199 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya, 0300741100090801.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN