fbpx

‘Rider’, pemandu teksi bergaduh berebut penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga individu tersebut bergaduh di hadapan penumpang. – Pattaya Mail

BANGKOK – Satu pergaduhan antara dua penunggang teksi motosikal dan pemandu teksi dirakam seorang individu berhampiran stesen bas Pattaya Utara, Ahad lalu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam rakaman tersebut, dua penunggang teksi motosikal yang memakai jaket berwarna oren dilihat membelasah pemandu teksi sambil disaksikan penumpang yang ketakutan.

Konfrontasi itu bertukar ganas apabila pemandu teksi yang diserang mengambil kayu golf untuk menangkis serangan dua penunggang teksi motosikal yang menggunakan batang penyapu.

Pergaduhan mereka dikatakan berpunca daripada perebutan kawasan mengambil penumpang.

Menurut salah seorang penunggang teksi motosikal yang terlibat, Mag, dia pada awalnya meminta pemandu teksi agar tidak mengambil penumpang di tempat yang ditetapkan untuk mereka.

Pemandu teksi itu kemudian didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan mengungkit mengenai statusnya sebagai bekas anggota polis.

Mag dan rakannya, Pop kemudian mengacukan batang penyapu, namun menegaskan ia adalah untuk mempertahankan diri.

Tiada kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu dan tiada laporan polis  dibuat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI