fbpx

Dua rakyat Malaysia ditahan polis Thailand, dalangi sindiket penipuan pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua rakyat Malaysia ditahan Polis Thailand selepas disyaki mendalangi dan menjalankan sindiket penipuan pelaburan di negara itu.

Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai ‘Nichare’ turut dipercayai memiliki aset bernilai lebih lima bilion bath (RM657.90 juta) dan memperdayakan 50 mangsa membawa kepada kerugian sebanyak 800 juta bath (RM105.26 juta).

Kedua-dua suspek antara sembilan ahli sindiket yang ditahan dalam serbuan berasingan di Songkhla, Sadao dan Bangkok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalang utama sindiket merupakan lelaki tempatan berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakyat tempatan berusia 26 tahun.

Jelas beliau, JSJK sedang bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Thailand dalam mengesan rangkaian sindiket berkenaan di negara ini.

“Berdasarkan maklumat terbaru dari Polis Thailand, tangkapan sembilan suspek terbabit membawa serbuan satu pusat panggilan di Bangkok dan dipercayai menahan tiga lagi lelaki warga Malaysia dan didapati memiliki rekod jenayah lampau.

“Hasil semakan awal kita (JSJK) suspek rakyat Malaysia 42 tahun ini adalah dalang utama kegiatan penipuan pelaburan Nichare di negara ini dan Thailand.

“Ini kerana mereka didapati menggunakan jaringan penajaan penipuan yang sama dalam memerangkap secara transnational di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Kemboja,” katanya dalam sidang akhbar di menara KPJ, di sini, hari ini.

Ramli berkata, sejak September tahun lalu sehingga 12 Mac 2024, sebanyak 70 laporan telah diterima membabitkan penipuan pelaburan Nichare dengan nilai kerugian RM14, 377,066.14 didalangi suspek terbabit.

“Daripada 70 laporan polis, JSJK sudah membuka 52 kertas siasatan selain mengenalpasti dan mengesan saki-baki rangkaian suspek di negara ini.

“Malah jalinan erat dan perkongsian maklumat antara PDRM, Polis Diraja Thailand dan Polis Antarabangsa (Interpol) dijangka dapat membanteras sindiket penipuan ini dalam masa terdekat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI