fbpx

Diharuskan ambil pil penahan haid untuk puasa penuh, tapi bersyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Adalah diharuskan bagi seorang wanita mengambil pil penahan haid bagi membolehkan berpuasa penuh di bulan Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, namun dengan syarat ialah pengambilan pil tersebut tidak memberi sebarang mudarat kepadanya dan mendapat keizinan daripada suami jika dia sudah berkahwin.

“Meskipun begitu, wanita tersebut hendaklah mendapat nasihat pakar perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya,” katanya menerusi hantaran dikongsikan pada aplikasi X Maktabah Al-Bakri.

Beliau memetik daripada Sunan Sa’id bin Mansur yang bermaksud, ‘bahawa Ibn ‘Umar ditanya tentang wanita yang minum ubat bagi menghentikan haidnya untuk dia nifar, maka beliau berpendapat tidak mengapa dalam hal itu’.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, pihaknya berpendapat bahawa mengikut sunnatullah dengan tidak mengambil pil dan mengikut sifat kejadian semula jadinya dari segi kitaran haid adalah lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI