fbpx

Shahmalarani pilih karate, bukan olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHMALARANI (kanan) akan tetap meneruskan kariernya sebagai atlet karate walaupun turut cemerlang dalam sukan olahraga.

ATLET karate Malaysia, C. Shahmalarani akan tetap menceburi sukan itu walaupun berjaya meraih pencapaian membanggakan ketika mengambil bahagian dalam acara olahraga.

Shahmalarani mencipta kejayaan apabila memecahkan rekod peribadinya dalam acara 800 meter (m) menerusi catatan dua minit 39 saat (s) pada Kejohanan Varsity Track & Field 2024 di Ipoh, Perak kelmarin.

Atlet yang mewakili Universiti Sunway itu berjaya merangkul pingat perak 800 m selain turut meraih gangsa bagi acara 4×400 m wanita.

Shahmalarani mengakui, ­niatnya hanyalah membantu pasukan olahraga universitinya, tetapi tidak menjangka mampu meraih kejayaan pada kejohanan tersebut.

“Saya menukar bidang sukan untuk satu hari bagi menyokong pasukan universiti. Saya datang ke sini bertujuan untuk merasai kegembiraan dan cuba me­ngatasi ketakutan kami.

“Misi ini berjaya apabila saya berjaya memecahkan rekod peribadi terbaik yang tidak dijangka untuk acara 800 m dan memenangi pingat untuk kejohanan yang disertai ini,” ­katanya.

Shahmalarani merupakan atlet cemerlang yang mene­rima biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi dan sedang melanjutkan pengajian pe­ringkat Ijazah Sains Aktuari di
Universiti Sunway.

Terdahulu, atlet karate itu telah merangkul pingat emas dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg) wanita pada ­Kejohanan Karate 1 Serie A Persekutuan Karate Dunia (WKF) di Larnaca, Cyprus pada Februari lalu.

Shahmalarani juga berhasrat untuk mempertahankan gelarannya di pentas Sukan SEA Thailand 2025 selepas pernah meraih emas pada edisi Vietnam 2021 dan Kemboja 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI