TANJUNG MALIM – Kehilangan ibu bapa dan dua adik sekelip mata dalam kemalangan baru-baru ini menjadikan bulan puasa tahun ini berbeza bagi Attar Azim Syukran Jamil, 9, tanpa kehadiran insan tersayang. Pelajar tahun tiga itu merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas di Kilometer 76.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Kampung Pahi di Kuala Krai, Kelantan pada 2 Mac lalu. Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, kenangan dikejutkan arwah bapa untuk bersahur selain berbuka dengan juadah enak disediakan arwah……