fbpx

Presiden muay thai disyaki terlibat kes pukul, ugut bebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden sebuah persatuan muay thai (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam untuk prosiding reman.

KOTA BHARU – Presiden sebuah persatuan muay thai yang dipercayai terlibat kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah di daerah ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 56 tahun itu berakhir hari ini, namun siasatan lanjut kes melibatkan individu tersebut masih diteruskan.

“Kita cuba untuk menyambung tahanan reman suspek, namun mahkamah menolak permohonan polis.

“Jadi, dia dibebaskan dengan jaminan polis. Suspek juga dipercayai mempunyai kes-kes berkait yang lain dan banyak perkara lagi untuk diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, presiden sebuah persatuan muay thai yang merupakan salah seorang daripada empat individu diburu polis sebelum ini direman dua hari bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah di daerah ini, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 56 tahun yang bermula semalam hingga hari ini dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Hafizul Awang di Mahkamah Majistret di sini.

Tahanan reman itu bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, lelaki itu merupakan antara empat individu yang dikehendaki oleh polis berhubung kesalahan jenayah seperti pukul, ugut, mendatangkan cedera dan pecah rumah di daerah ini.

Mohd. Fared Abdul Ghani menjadi suspek pertama orang dikehendaki bersabit kes pukul dan ugut yang disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, selain itu, pihak turut memburu Mohd. Izani Ibrahim, 42, Mohd. Haziman Hikamarhakimi, 37, dan Wan Sharilazry Wan Mohd. Sukry, 35. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI