fbpx
NOR AZLINA mendukung Mohamad Amsyar Mifzal di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

Perlu RM100,000 kos bedah jantung anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Sepasang suami isteri dari Felda Kota Gelanggi Dua, di sini buntu memikirkan bagaimana mahu mencari wang sebanyak RM100,000 bagi kos pembedahan anaknya yang berusia setahun lapan bulan yang menghidap penyakit jantung.

Mohamad Nor Mat Lit, 50, berkata, dia dan isteri, Noor Azlina Othman, 43, dimaklumkan kos tersebut oleh pihak Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Se­langor ketika membawa anaknya ke sana bulan lalu.

Katanya, dia difahamkan oleh pegawai perubatan berkenaan, anaknya, Mohamad Amsyar Mifzal mengalami penyakit jantung Tetralogy of Fallot (ToF) dan akan dipanggil menjalani pembedahan bulan Ramadan ini yang akan ditetapkan tarikhnya oleh pihak hospital.

“Itu membuatkan kami buntu bagaimana untuk mendapatkan wang seba­nyak itu.

“Ini kerana saya hanya mengharapkan pendapatan daripada kerja-kerja kampung dan kini tidak mampu bekerja kuat kerana mengalami masalah saraf.

“Saya kasihan melihat kea­daan anak saya semakin lemah sejak tiga bulan lalu serta kerap menangis, manakala berat badan tinggal 7 kilogram kerana
tidak berselera makan.

Bercerita lanjut, Mohamad Nor berkata, Mohamad Amsyar Mifzal didiagnos menghidap pe­nyakit itu sejak berusia setahun selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Sehubungan itu, dia berharap agar ada insan yang sudi membantu meringankan bebannya itu.

“Perbelanjaan keluarga kami sebanyak RM3,500 sebulan untuk keperluan dapur, sewa rumah, bil, perubatan suami dan anak bongsu, membiayai persekolahan tiga orang termasuk anak sulung yang menuntut di Kolej Vokasional, Slim River, ­Perak,” katanya.

Katanya, dia menerima bantuan bulanan daripada Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) sebanyak RM500 yang digunakan untuk membeli susu, keperluan diri dan kos pengangkutan berulang alik ke hospital.

Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi Noor Azlina di ta­lian 011-1471 6545 atau menyalurkan bantuan ke akaun Bank Islam bernombor 06055020122746 (Noor Azlina Othman).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN