fbpx

Pandu lawan arus kerana lewat hantar anak ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu berkenaan memandu secara melawan arus bagi kerana tergesa-gesa menghantar anaknya ke sekolah. – Facebook

JAKARTA  – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi sebuah kereta dipandu secara melawan arus ketika melalui kesesakan jalan raya, lapor portal berita Okezone hari ini.

Tindakan itu dilakukan kerana pemandu berkenaan mahu menghantar anaknya ke sekolah.

Berdasarkan video yang dikongsikan akaun Facebook ‘Komuniti Dashcam Indonesia’, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dilihat dipandu secara berbahaya ketika mengelak daripada bertembung dengan kereta lain.

Video rakaman papan pemuka itu turut menunjukkan perakam menghentikan kenderaannya ketika bertembung dengan kenderaan tersebut.

Selepas berhenti, pemandu berkenaan memberitahu bahawa dia terpaksa bertindak sedemikian kerana perlu menghantar anaknya ke sekolah.

“Semua orang juga mahu menghantar anak ke sekolah,” kata perakam video.

“Anak saya ada ujian hari ini,” jawab pemandu yang melawan arus.

Perakam video kemudian mengarahkan lelaki tersebut agar memandu di laluan yang sepatutnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI