fbpx

Mavcom umum pindaan Caj Perkhidmatan Penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang merupakan antara pintu keluar rakyat Malaysia untuk melancong ke negara lain. GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) hari ini mengumumkan pindaan kepada Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) untuk Tempoh Kawal Selia Pertama (RP1), bermula dari 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026.

Menurutnya dalam satu kenyataan, pengumuman kadar pindaan itu bertujuan menyokong pemulihan dan penyesuaian sektor penerbangan dalam persekitaran pasca-pandemik Covid-19.

“Pindaan ini merupakan tanggungjawab Mavcom dalam pengawalseliaan ekonomi Caj Perkhidmatan Penerbangan (ASC) di Malaysia di bawah seksyen 46 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], yang merangkumi kuasa untuk menetapkan caj perkhidmatan penerbangan seperti PSC, serta caj pendaratan dan parkir pesawat, antara lain.

“Pindaan PSC ini dibuat selepas proses perundingan menyeluruh bermula 2021 dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan, selain agensi kerajaan, pemain industri, pengurus dana, penganalisis, badan-badan penerbangan antarabangsa dan persatuan pengguna,” katanya.

Jadual 1 memperincikan kadar pindaan PSC baharu yang ditetapkan oleh Mavcom untuk RP1 yang dikenakan kepada penumpang yang berlepas dan transfer dari Malaysia.

Kadar tersebut termasuk caj keselamatan, iaitu caj bagi penyediaan perkhidmatan keselamatan di lapangan terbang.

Jadual 1

Pada masa sama, Mavcom telah membenarkan lapangan terbang lain yang tidak dikendalikan oleh anak-anak syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. dan Malaysia Airports Sdn. Bhd.], iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (JHB), Lapangan Terbang Kerteh (KTE) dan Lapangan Terbang Tanjung Manis (TGC), untuk mengemukakan cadangan tarif bagi RP1 kepada Mavcom.

“Kebenaran yang diberi ini berdasarkan penilaian kuasa pasaran (market power) yang dijalankan oleh Mavcom, yang menentukan bahawa lapangan-lapangan terbang ini sama ada tidak mempunyai atau berkeupayaan untuk melaksanakan kuasa pasaran.

“KTE dan TGC, kedua-duanya telah memilih untuk menerima pakai kadar yang dicadangkan oleh MAVCOM.

“Sementara itu, JHB telah mengemukakan struktur kadar yang berasingan, di mana kadar yang diluluskan oleh Mavcom digariskan dalam Jadual 2,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI