fbpx

Lelaki Thailand ditahan bawa 14,000 pil methamphetamine di Terminal Feri Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pil methamphetamine yang dirampas daripada seorang lelaki Thailand di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal Feri Langkawi, Rabu lalu.

ALOR SETAR – Sangkaan seorang lelaki Thailand tidak akan diperiksa pihak kastam kerana hanya membawa bungkusan barangan secara ‘hand carry’ meleset apabila ditahan bersama 14,000 pil dadah jenis methamphetamine, baru-baru ini.

Suspek berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan pegawai kastam Cawangan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di Balai Ketibaan Antarabangsa Terminal Feri Langkawi, dekat sini kira-kira pukul 2.30 petang, Rabu lalu.

Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abd. Latiff berkata, hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian menemui satu bungkusan berwarna biru yang dibalut rapi mengandungi 11,600 biji pil methamphetamine seberat 1,102 gram.

“Suspek kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Langkawi untuk siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan rapi terhadap beg pinggang berwarna hitam milik lelaki terbabit didapati mengandungi 2,400 biji pil dadah sama seberat 228 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak 14,000 biji pil methamphetamine seberat 1,330 gram dengan anggaran nilai RM210,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI