fbpx

Empat penjawat awam di Kelantan dicekup terlibat kes dadah, ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil kuda yang dirampas sepanjang 11 hari Ops Tapis Bersepadu dan Ops Tapis Khas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Empat penjawat awam merupakan antara 978 suspek yang dicekup terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah dan ketum sepanjang 11 hari Ops Tapis Bersepadu dan Ops Tapis Khas yang dijalankan di Kelantan.

Keempat-empat suspek itu merupakan seorang pegawai penjara, pembantu perawatan kesihatan dan dua orang lagi anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pegawai penjara yang berusia 49 tahun itu ditahan semasa berada Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini kira-kira pukul 1.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Semasa Ops Tapis dijalankan, polis menahan seorang pembantu perawatan kesihatan yang berusia 46 tahun di pekarangan sebuah stesen minyak di Gaung, Pasir Mas.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek kemudiannya mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine. Suspek juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau kes dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, dua anggota JPJ yang berusia 24 dan 28 tahun itu pula diberkas semasa polis menyerbu sebuah rumah di Tanah Puteh, Gua Musang kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Menurutnya, polis kemudiannya merampas 13 botol plastik berisi 18.25 liter air ketum yang dianggarkan bernilai RM182.50.

“Kedua-dua suspek bagaimanapun negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Pegawai penjara itu direman lima hari bermula 2 Mac, pembantu perawatan kesihatan itu pula dua hari dan dua anggota JPJ ditahan reman tiga hari bermula semalam,” ujarnya.

Tambahnya, dua kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala satu lagi kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI