fbpx

Zakat fitrah di Kelantan kekal RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengekalkan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Menurutnya, jumlah ketetapan zakat fitrah itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Kadar nisab zakat harta bagi Kelantan tahun ini sebanyak RM23,831 untuk haul antara Ramadan tahun 1445 hijrah hingga Ramadan tahun 1446 hijrah.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal yang dibuka dalam masjid-masjid bandar, masjid-masjid jajahan atau menerusi portal Maik di zakat.e-maik.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, Maik mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan bayaran zakat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI