fbpx

Nelayan terjatuh dalam laut selepas tarik pukat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Maritim Malaysia melakukan operasi CARILAMAT susulan seorang nelayan yang dikhuatiri hilang ke dalam laut di kedudukan lkira-kira 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil kira-kira pukul 4.10 petang semalam.

MERSING – Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menarik pukat pada kedudukan kira-kira 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil pada pukul 4.10 petang semalam.

Mangsa, Mohamad Sufian Alwi, 32, yang merupakan kru bot nelayan kali terakhir dilihat memakai seluar pendek berwarna hijau dan tidak berbaju.

Ekoran itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 5 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, operasi yang dikendalikan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru disambung hari kedua dengan mengatur gerak bot PERKASA 31 hari ini.

Katanya, operasi turut dibantu Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Persatuan Nelayan Mersing dan komuniti nelayan pada pukul 7 pagi tadi.

Menurutnya, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di Pejabat Zon Maritim Mersing.

“Status terkini mangsa masih belum diketahui. Ketika kejadian mangsa bersama empat kru di dalam bot tersebut. Mangsa dipercayai terjatuh selepas menarik pukat.

“Kawasan pencarian dipecahkan kepada empat sektor. Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan terutama ketika berada di laut dalam cuaca buruk dan tangguhkan dahulu sebarang aktiviti jika keadaan tidak mengizinkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI