fbpx

Kelibat Ruhainies, Aliff Aziz dalam CCTV tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO CCTV melihatkan kelibat Aliff Aziz dan Ruhainies berjalan di lobi sebuah kondominium mewah.

PETALING JAYA – Selepas ditangkap khalwat, kini tular pula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikatakan mirip pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Difahamkan, video bertarikh 25 Februari lalu yang juga merupakan hari Nisfu Syaaban, memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan dari lobi kondominium menuju ke bahagian lif.

Menerusi video tersebut, wanita yang dikatakan mirip Ruhainies menggayakan baju berwarna putih, manakala lelaki yang mirip Aliff menggayakan pakaian serba hitam turut mengenakan pelitup muka dan bertopi.

Penularan CCTV berkenaan sekali gus menguatkan pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, sebagai pelakon wanita yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama Aliff awal pagi tadi.

Dalam masa sama, media melaporkan ahli keluarga Ruhainies iaitu kakaknya, Risteena Munim bersama dua adik-beradik lain berada di sana ketika operasi cegah maksiat dilakukan.

Awal pagi tadi, media melaporkan Aliff sebagai selebriti berstatus suami orang dan pelakon wanita dipercayai Ruhainies dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan yang dibuat Jawi difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Kejadian tersebut turut disahkan adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah yang ditemui di lokasi untuk menemani kakaknya.

Dalam masa sama, nama Ruhainies terpalit dengan insiden berikutan penglibatannya dalam drama berjudul Terjerat bersama dengan bapa dua orang cahaya mata itu.

Menguatkan lagi spekulasi, kakak Ruhainies yang juga pelakon Risteena Muin juga dilaporkan turut berada di lokasi serbuan awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI