fbpx

Jawi sahkan siasat, tangkap pasangan berkhalwat di kondo mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan melakukan operasi ke atas dua individu yang dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara malam tadi.

Jabatan itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut identiti mereka sama ada pasangan tersebut adalah selebriti atau sebaliknya.

Jawi dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan melakukan pemeriksaan sebagaimana dilaporkan media dan siasatan lanjut dibuat mengikut peruntukan undang-undang. yang aa

“Satu pemeriksaan telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi di lokasi susulan aduan awam.

“Siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau orang yang disyaki (OYDS) di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat),” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang artis yang berstatus suami orang dan pelakon wanita dicekup kerana dipercayai berkhalwat.

Selebriti lelaki tersebut dikatakan pernah bercerai sebelum merujuk semula dengan isterinya.

Dilaporkan, penguat kuasa Jawi terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia skerana mereka enggan membuka pintu.

Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa akur selepas bomba mahu memecahkan pintu sekiranya mereka tidak mahu memberi kerjasama selepas hampir tiga jam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI