fbpx

Cantiknya Tengku Ratu, anak Que Haidar tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK pasangan Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu mencuri perhatian dengan paras rupa menawannya.

ANAK perempuan pasangan seleberiti Que Haidar dan Linda Jasmine sekali lagi tular kerana dikatakan memiliki kecantikan luar biasa.

Selain dipuji cantik, Tengku Ratu yang kini berusia 15 tahun meraih pujian ramai kerana tidak terjebak dalam dunia media sosial sehingga terpalit dengan kontroversi kurang senonoh.

Kepetahannya menjawab soalan dan kefasihannya dalam berbahasa Inggeris turut membuat ramai kagum dengan cara didikan ibu bapanya.

Paling dipuji ramai ialah apabila Tengku Ratu tidak dibenarkan ibu bapanya untuk mempunyai akaun media sosial sejak kecil sehingga hari ini.

“Ini baru betul beauty with brain. Usia muda lagi dan tak perlu jadi influencer.

“Bagus betul Linda dan Que didik anak, boleh jadi ibu bapa contoh,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI