fbpx

Polis mohon bantu kesan Thanabalan, saksi kes edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thanabalan.

PETALING JAYA – Polis memohon bantuan orang awam mengesan seorang saksi bagi satu perbicaraan kes pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, saksi tersebut dikenali sebagai R Thanabalan, 45.

Katanya, Thanabalan merupakan saksi bagi perbicaraan kes mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saksi diminta untuk hadir bicara pada tarikh 11 dan 12 Mac ini di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Shah Alam.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai bagi yang mengenali penama (R Thanabalan) agar memaklumkannya kerana dia merupakan saksi penting perbicaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebarang maklumat sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhamad Zuhairi Mohd Yusof di talian 017-2306366. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI