fbpx

Aksi Harimau Malaya kekal di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STADIUM Nasional Bukit Jalil akan terus kekal sebagai venue aksi Harimau Malaya menentang Oman, 26 Mac ini. - FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Stadium Nasional Bukit Jalil akan kekal sebagai venue aksi keempat Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman, 26 Mac ini.

Tinjauan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac dan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon semalam mendapati stadium berkenaan bersedia untuk jadi tuan rumah kepada perlawanan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dan penilaian pada lawatan tersebut telah mendapati bahawa persediaan padang menjelang perlawanan pada 26 Mac ini adalah mengikut jadual dan kondisi rumputnya dijamin akan berada pada tahap terbaik untuk aksi menentang Oman itu nanti.

“Dengan pengesahan venue tersebut, tiket bagi perlawanan Malaysia lawan Oman itu akan mula dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my pada Sabtu, 9 Mac 2024.

“Harga tiket bagi semua kategori dikekalkan iaitu sama seperti perlawanan pertama Kumpulan D menentang Kyrgyzstan, November lalu,” kata Setiausaha Agung (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

Bagi kategori tiket terbuka, harga ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak bawah 12 tahun, RM60 bagi tiket Grandstand dan RM80 bagi tiket Premium.

Harimau Malaya memulakan kem latihan pusat hari ini bagi hadapi perlawanan pertama dengan Oman di Stadium Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat, 21 Mac sebelum perlawanan timbal balik di Bukit Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI