fbpx

Tulang manusia yang ditemui wajib dimandikan, kafan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahya

BATU PAHAT – Pengurusan tulang manusia yang ditemui selepas jenazahnya selamat dikebumikan walaupun jarak masa yang agak lama wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, walau bagaimanapun solat jenazah tidak perlu diulangi ke atas tulang yang ditemui itu kerana memadai solat pertama dibuat tempoh hari.

Katanya, mengikut Mazhab Shafie dan jumhur ulama, tulang mayat yang ditemui kemudian selepas selesai tajhiz jenazah dibuat, wajib dimandi, dikafankan.

“Ia kemudian dikebumikan sama ada dikubur bahagian pertama jenazah yang ditajhizkan sekiranya boleh dibuat demikian atau diperkuburan lain, kedua-dua kaedah ini dibenarkan.

“Seperkara lagi, solat jenazah tidak perlu diulang kerana sudah memadai solat itu dibuat terhadap jenazah sebelum ini,”katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penemuan enam ketul tulang berhampiran rumah terbengkalai di Lorong imam Jailani Kampung Batu 7, Jalan Tongkang Pechah di Batu Pahat.

Tulang itu ditemui orang awam yang menjalankan kerja pembersihan di sekitar kawasan itu pada jam 11.30 pagi, 28 Februari lalu.

Lokasi penemuan itu adalah berdekatan rangka milik Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, yang ditemui selepas dibunuh teman lelakinya pada 14 Disember lalu.

Polis semalam belum mengesahkan sama ada tulang itu bilik Bella kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultan Ismail dijangka mengambil masa sebulan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI