fbpx

Suami tangkap lelaki skodeng isteri mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Perbuatan seorang lelaki menghendap jiran wanitanya yang sedang mandi memakan diri apabila dicekup dalam kejadian di Kampung Jawa, di sini, Isnin lalu.

Penangkapan suspek berusia 20 tahun itu dilakukan suami mangsa di belakang sebuah restoran pada hari sama sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati suami mangsa berusia 35 tahun telah menerima panggilan telefon daripada jirannya yang memaklumkan kelakuan suspek menghendap bilik air rumah kira-kira pukul 9.30 malam.

Katanya, lelaki itu seterusnya menghubungi isterinya berusia 28 tahun dengan dimaklumkan baru selesai mandi di bilik air rumah teres mereka.

“Hasil siasatan mendapati jiran tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang bersebelahan kediaman mangsa.

“Jiran berkenaan telah melihat suspek sedang berdiri di belakang rumah mangsa dengan cara menghendap tingkap bilik air sebelum suspek melarikan diri apabila dihampiri jiran mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, jiran mangsa turut menjelaskan ciri-ciri suspek tersebut yang merupakan kejiranan di kawasan sama.

Serentak itu, kata Hoong Fong, suami mangsa telah mengesan dan menahan suspek di belakang sebuah restoran di sekitar kampung itu.

“Suspek kini direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” tegasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI