fbpx

Pasukan KL Rovers tekad beraksi di Liga Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan KL Rovers telah menduduki tangga naib juara Liga M3 pada musim lalu.

PETALING JAYA – Susulan gagal mendapatkan lesen beraksi dalam kancah Liga Super, skuad Kuala Lumpur (KL) Rovers tekad untuk bersaing dalam kancah Liga Singapura pada musim depan.

Sebagai rekod, KL Rovers yang beraksi dalam kempen Liga M3 sebelum ini menjadi salah satu kelab yang menjalani temu duga untuk meraih slot ke-14 dalam kancah Liga Super selain Imigresen FC, Harini FT dan Perlis United.

Namun, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk memilih kelab Perlis United tetapi dengan syarat pasukan Singa Utara itu perlu menyelesaikan empat kriteria yang ditetapkan sebelum 21 Mac depan.

Situasi tersebut menyaksikan KL Rovers menghantar surat rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini untuk menyatakan hasrat bermain dalam kancah Liga Singapura.

“Kami telah bergelar naib juara Liga M3 buat dua musim berturut-turut dan layak untuk beraksi liga tersebut (Singapura) dan seterusnya mengharumkan nama negara.

“Pihak kami amat berbesar hati agar hasrat kami dapat sokongan FAM dengan harapan dapat memberikan lebih banyak peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk menyerlah potensi di liga luar,” kata kenyataan dipetik menerusi surat yang tular hari ini.

KL Rovers sebelum ini telah menduduki tangga kedua saingan Liga M3 musim lalu selain dilihat berpotensi untuk dibeli syarikat pelabur dari luar negara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI