fbpx

Lepas, bebas Isa Samad: Jabatan Peguam Negara kemuka rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Isa yang hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang melepaskan dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad daripada sembilan pertuduhan membabitkan rasuah.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.

“Ya, kami telah failkan (notis rayuan),” katanya melalui aplikasi Whatsapp.

Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M Komathy Suppiah sebulat suara melepaskan dan membebaskan Mohd. Isa daripada kesemua pertuduhan itu.

Panel terbabit berbuat demikian selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila menerima pakai keterangan saksi pendakwaan ke-21 iaitu Muhammad Zahid Md. Arip yang ketika itu pegawai khas politik Mohd. Isa tanpa disokong oleh bukti-bukti kredibel yang lain.

Dengan keputusan itu, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi turut diketepikan.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd. Isa, 75, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI