fbpx

Negeri Sembilan capai RM10.1 bilion nilai pelaburan, tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, Seremban hari ini.- Foto NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mencapai nilai pelaburan sebanyak RM10.1 bilion menerusi 189 projek yang telah diluluskan pada tahun lalu berdasarkan rekod kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah itu melepasi nilai RM10 bilion yang disasarkan malah merupakan pencapaian pelaburan terbaik dan tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah di Negeri Sembilan.

Jelas beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.1 billion adalah pelaburan domestik manakala RM6 billion adalah daripada pelaburan luar negara.

“Ia sekali gus ia merupakan lonjakan sebanyak 13 peratus berbanding nilai pelaburan yang diterima pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM8.9 billion.

“Implikasi pelaburan tersebut akan menawarkan sebanyak 3,250 jumlah peluang pekerjaan di Negeri Sembilan.

“Sebagai perincian, sektor yang menjadi penyumbang terbesar adalah sektor pembuatan berjumlah RM7.6 bilion dan diikuti sektor perkhidmatan sebanyak RM2.5 bilion,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI