fbpx

Lori bawa muatan cecair kimia bocor di Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Hazmat memeriksa sebuah lori membawa muatan cecair kimia methanol telah mengalami kebocoran pada bahagian bawah tangki jentera berat itu dalam kejadian di susur keluar ke Tapah arah Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) petang tadi. - Foto BOMBA

TAPAH – Sebuah lori membawa muatan cecair kimia methanol telah mengalami kebocoran pada bahagian bawah tangki jentera berat itu dalam kejadian di susur keluar ke Tapah arah Utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira pukul 2.45 petang.

“Pihak syarikat bertanggungjawab terhadap lori tersebut telah menghantar dua lori tangki lain bagi proses pemindahan bahan dengan dipantau oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dan Pasir Puteh.

“Pasukan Hazmat mengesahkan proses pemindahan bahan kimia itu selamat dan dilakukan secara manual tanpa menggunakan sebarang pam.

“Semburan air pada bahagian bocor pada lori tersebut terus dilakukan dan perancangan seterusnya ialah mengalihkan trak tersebut ke kawasan kawasan rawat dan rehat (R&R) Tapah untuk melancarkan aliran lalu lintas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI