fbpx

Kedai nasi kandar di Bangsar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah restoran Nasi Kandar dilaporkan terbakar di Jalan Bangsar Utama 8, di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah restoran nasi kandar yang terletak di Jalan Bangsar Utama 8, di sini terbakar kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur hari ini.

Ujarnya, operasi masih berjalan dan kenyataan akan dikeluarkan mengenai kejadian itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, kebakaran premis tersebut dilaporkan oleh beberapa pengguna media sosial di aplikasi X.

Kejadian itu juga memaksa pekerja premis berdekatan keluar dan berkumpul di kawasan lapang kerana dikhuatiri kebakaran semakin memburuk.

Beberapa pengguna juga melaporkan terdengar bunyi letupan sebelum ternampak kepulan asap dari premis berkenaan.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI