fbpx

Bahan bakeri, bungkusan guna logo halal palsu dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDN Johor bersama JAINJ menjalankan serbuan terhadap sebuah premis bakeri yang menggunakan logo halal palsu di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru, semalam.-Foto KPDN JOHOR

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas sebanyak 33,890 unit bahan bakeri, plastik pembungkusan dan dokumen yang disyaki menggunakan logo halal palsu bernilai RM23,035.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, serbuan terhadap premis di Bandar Seri Alam, Masai, di sini itu dilakukan pihaknya, semalam.

“Operasi bersepadu ini dijalankan ekoran aduan awam yang diterima berhubung penggunaan logo halal tidak sah pada produk yang dibungkus sebuah syarikat.

“Tindakan diambil di bawah Akta Perihal Dagangan, Perenggan 8(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, sekiranya didapati bersalah, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM200,000 bagi kesalahan pertama atau tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua.

“Bagi individu mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau denda tidak lebih RM 250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berulang.

“KPDN Johor sentiasa menjalankan operasi bagi memastikan perniagaan mengikut undang-undang ditetapkan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI