fbpx

18 kematian akibat kemalangan setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan purata 18 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap hari dengan 12 daripadanya melibatkan motosikal sepanjang tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 6,443 kematian akibat kemalangan jalan raya dilaporkan pada tahun lalu sekali gus angka tertinggi dalam tempoh lima tahun.

“Dalam masa sama, purata 18 kematian ini adalah setiap 80 minit ada seseorang yang meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

“Daripada jumlah keseluruhan 6,443 kematian, dua pertiga atau 4,480 kematian adalah membabitkan motosikal,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Anthony berkata, kerajaan memandang serius angka kemalangan tersebut, bahkan ia disifatkan lebih tinggi berbanding kes Covid-19.

Katanya, justeru data dan statistik berkaitan kemalangan akan dikeluarkan setiap hari bagi memberi gambaran dan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan jalan raya.

“Kesedaran mesti ditingkatkan dalam pemikiran masyarakat setiap, jadi Polis Diraja Malaysia akan mengeluarkan data tersebut. Kita akan jadikan ini dasar supaya media massa juga memaparkan liputan angka itu.

“Kemalangan merupakan punca kematian yang tinggi dan semua pihak perlu ambil pendekatan kemasyarakatan untuk mengurangkan kemalangan maut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI