fbpx

‘Tunggu Attar di syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATTAR Azim menyiram air di pusara keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, Sungkai semalam.

 

TANJUNG MALIM – Suasana sedih dan pilu menyelubungi pengkebumian jenazah empat beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 76.5, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan kelmarin.

Satu-satunya anak pasangan Syukran Jamil Ab. Hamid, 35, dan Noor Aishah Razali, 35, yang terselamat iaitu Attar Azim, 9, sempat ‘berpesan’ supaya ahli keluarga menunggunya di syurga.

Jenazah Syukran Jamil dan Noor Aishah serta dua anak mereka, Ahya Rafiqi, 6, dan Lufya Adeena berusia setahun selamat dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara pada pukul 11 malam tadi.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di kediaman ibu bapa Syukran Jamil di Felda Trolak Utara sekitar pukul 9.30 malam dari Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dengan menggunakan tiga buah van jenazah.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, kereta jenis Perodua Myvi dinaiki lima beranak itu bertembung dengan kereta Nissan March dipandu lelaki warga Thailand berusia 39 tahun yang memasuki laluan bertentangan.

Nahas tersebut mengakibatkan Syukran Jamil dan isteri, Noor Aishah serta bayi mereka, Lufya Adeena maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi anak pasangan itu, Ahya Rafiqi pula disahkan meninggal dunia pada 3.15 petang semalam ketika dalam rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI