fbpx

‘Attar dah tak boleh peluk keluarga lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATTAR Azim menyiram daun pandan di pusara keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak semalam.

TANJUNG MALIM – “Keluarga Attar dah pergi alam lain, Attar dah tak boleh peluk mereka lagi”.

Demikian luahan pilu Attar Azim Syukran Jamil, 9, ketika ditemui pemberita pada majlis pengebumian ibu, bapa dan dua adiknya di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, Sungkai semalam.

Menurut anak sulung tiga beradik itu, kejadian yang meragut nyawa seluruh ahli keluarganya menyebabkan dia tidak dapat lagi merasai pelukan kasih sayang mereka.

Dalam linangan air mata Attar Azim berkata, dia amat berharap dapat bertemu semula keluarganya di syurga.

“Keluarga Attar sekarang sudah di alam lain, Attar dah tak dapat peluk lagi. Tapi Attar beritahu keluarga untuk tunggu Attar tau di Syurga,” katanya.

Menurut pelajar Tahun Tiga itu, ibu dan bapanya juga selalu berpesan untuk dia menjadi seorang anak yang baik dan tahu menghormati orang lain.

Malah katanya, sempena Ramadan yang bakal tiba, bapanya sering berpesan untuk berpuasa dan melakukan amal kebaikan bagi memperoleh pahala.

Terdahulu, jenazah Syukran Jamil Ab. Hamid, 35, dan isteri, Noor Aishah Razali, 35, serta dua anak mereka, Ahya Rafiqi, 6, dan Lufya Adeena berusia setahun selamat dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara pada pukul 11 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI