fbpx

Bomba selamatkan lelaki terperangkap dalam rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memotong pintu jeriji rumah mangsa di Sabak Bernam

SABAK BERNAM – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 50-an daripada rentung dalam kebakaran di Taman Aman di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.59 petang.

“Kebakaran berlaku di tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut. Ketika kejadian seorang lelaki terperangkap dan berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dengan memotong pintu jeriji utama kediaman itu yang dikunci,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, lelaki yang melecur kira-kira 30 peratus di anggota badan itu diserahkan kepada petugas perubatan bagi tindakan lanjut dan api berjaya dikawal pukul 6.16 petang tadi, namun punca kebakaran masih dalam siasatan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI