fbpx

Anwar tiba di Melbourne untuk lawatan rasmi ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ditemani isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne malam ini sempena lawatan rasmi ke Australia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar berkata, lawatan sulungnya itu juga dibuat atas jemputan rakan sejawat, Anthony Albanese yang akan melibatkan beberapa mesyuarat dan pertemuan penting.

“Ia termasuk perbincangan meja bulat dan juga secara langsung dengan ketua-ketua industri di Melbourne, sebelum ke Canberra pada hari terakhir lawatan pada 7 Mac.

“Saya percaya lawatan ini akan mencatatkan satu perkembangan penting dalam kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform dua hala dan pelbagai hala, sementelahan ia telah berkembang dari satu tahap ke satu tahap dan menjadi signifikan dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) sejak 2021,” katanya hari ini.

Tambah Anwar, pihaknya akan bekerja sepenuhnya dan memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Australia selain mencipta peluang dan manfaat yang terbaik untuk rakyat dan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI