fbpx

4.0 juta individu sudah daftar Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebanyak 4 juta individu telah mengemas kini maklumat mereka dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) sehingga semalam.

Menurut hantaran di laman X rasmi Padu, jumlah tersebut meningkat berbanding yang dicatatkan sebelum ini iaitu 30.08 juga individu.

“Sehingga 2 Mac 2024 pukul 11.59 malam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 4.00 juta rekod individu dalam sistem Padu berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemas kini maklumat dalam sistem Padu,” katanya.

Sementara itu, negeri Selangor, Johor dan Sarawak kekal menduduki tiga carta teratas kemas kini maklumat Padu dengan masing-masing merekodkan jumlah seramai 0.60 juta individu, (0.39 juta) dan (0.53 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI