fbpx

14,000 Orang Asli tiada akaun BSN untuk tunai STR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (berdiri, dua dari kiri) meninjau kaunter Bank Simpanan Nasional pada Program Rintis Penunaian STR 2024 Bagi Masyarakat Orang Asli Di Daerah Batang Padang, Tapah di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh, Tapah hari ini.

TAPAH – Kerajaan akan memperluaskan program penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi masyarakat Orang Asli di pedalaman Semenanjung Malaysia susulan kejayaan di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, masyarakat Orang Asli berdepan kesukaran untuk menunaikan bantuan itu berikutan faktor logistik dan pengangkutan.

“Berdasarkan pengkalan data STR, terdapat seramai 82,000 Orang Asli layak menerima bantuan itu dengan peruntukkan sebanyak RM82.4 juta, mamun 14,000 daripada mereka tidak mempunyai akaun bank dan perlu hadir ke cawangan BSN seluruh negara untuk membuat penunaian tunai STR.

“Mengambil kira kekangan dan rintangan bagi masyarakat Orang Asli yang jauh tinggal di pedalaman Semenanjung Malaysia, Kementerian Kewangan mulai tahun ini merintiskan penunaian STR di lokasi terpencil,” katanya kepada pemberita pada Program Rintis Penunaian STR 2024 Bagi Masyarakat Orang Asli di Daerah Batang Padang, Tapah, Perak di Dewan Jelutong Hutan Lipur, Kuala Woh, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI