fbpx

[VIDEO] Warga emas pandu Honda Civic lawan arus alami dementia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita warga emas memandu berlawanan arus di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas yang memandu kereta berlawanan arus di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, pada awal pagi semalam, disyaki mempunyai masalah dementia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 75 tahun itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Iskandar Puteri, di sini.

Katanya, wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic diminta hadir ke balai polis untuk siasatan selepas tular video yang memaparkan tindakannya memandu melawan arus tular di media sosial.

“Kita telah mengesan video tular yang memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu secara melawan arus antara pukul 12 tengah malam hingga 2.50 pagi semalam.

“Bertindak atas maklumat, kita telah menahan seorang suspek wanita kira-kira pukul 4.11 petang semalam bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu secara melawan arus di aplikasi X.

Mengulas lanjut, Belveer Singh berkata, hasil soal siasat yang dilakukan mendapati wanita berkenaan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI