fbpx

Lelaki parah besi penghadang tembus kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu Proton Wira Aeroback cedera parah selepas kereta dipandu merempuh besi penghadang jalan di susur keluar Plaza Tol Alor Setar Selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 35 tahun nyaris maut apabila kereta yang dia pandu terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di susur keluar Plaza Tol Alor Setar Selatan Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata,
pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.34 tengah hari tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dan terdapat mangsa tersepit.

“Mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI