fbpx

Kereta rempuh tembok masjid elak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN tembok masjid yang runtuh selepas dirempuh dalam kejadian di Bukit Piatu, Melaka.

MELAKA – Sebuah kereta terbabas merempuh tembok Masjid An-Ni’mah di Bukit Piatu, di sini gara-gara mengelak seekor anjing, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Corolla Altis bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang merupakan seorang peniaga dalam perjalanan dari Taman Semabok Perdana menghala ke Bukit Baru.

“Setiba di lokasi, seekor anjing tiba-tiba muncul secara mengejut dan mangsa telah mengelak haiwan itu sehingga merempuh tembok masjid.

“Mangsa bagaimanapun tidak cedera. Temboh masjid dan kereta dipandu mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, tiada rakaman sistem televisyen litar tertutup di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca nahas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI