fbpx

Anak Aman Graseka ditidurkan, perlukan duit, Shiera tak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belum selesai isu minta duit, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mendedahkan anak kepada pelakon Aman Graseka pula dikhabarkan sakit dan kini ditidurkan di sebuah hospital di Kedah.

Ujar Shahirah atau nama lengkapnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 49, perkara tersebut dimaklumkan sendiri isteri aktor itu melalui kiriman mesej, bahkan berjanji akan mengemukakan rakaman video sebagai bukti.

“Isteri dia (Aman) mesej saya beritahu anak mereka sedang ditidurkan di hospital.

“Saya terima mesej itu pada awal pagi iaitu sekitar selepas waktu subuh.

“Dia siap cakap mahu tunjuk video sebagai bukti,” ujarnya ketika bersiaran dalam segmen Suria Petang di konti Suria FM.

Tidak bertanya lanjut mengenai keadaan anak pasangan itu, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari itu bimbang jika mesej yang diterima tidak benar, selain enggan pisang berbuah dua kali.

“Saya memang tidak bertanya lanjut. Kalau benar anak sakit, kenapa sampai perlu nak tunjuk video. Jika perlukan bantuan dia sepatutnya hubungi orang terdekat.

“Sebelum ini pun dia tidak jujur sebab itu saya hanya berdiam sahaja kali ini. Cuma kalau betul,  saya hanya minta orang ramai doakan urusan mereka dipermudahkan,” ujarnya.

“Apa yang saya boleh buat hanya minta pihak berwajib seperti Lembaga Zakat untuk menjenguk mereka. Saya pun dah tiada kudrat untuk membantu,” luahnya.

Sebelum ini, penyampai radio yang mesra disapa Shiera  mendedahkan pernah menerima mesej daripada Aman yang meminta bantuan dek kesempitan hidup.

Aman bagaimanapun ketika dihubungi menafikan perkara tersebut dan memaklumkan dia sekeluarga menjalani kehidupan seperti biasa.

Tidak hanya Kak Rara, rupa-rupanya ramai dalam kalangan selebriti ada menerima mesej sama daripada Aman namun situasinya sama, sukar untuk dipastikan pertolongan tersebut diminta aktor senior itu sendiri atau pihak lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI