fbpx

Pasangan kekasih melecur: Mangsa lelaki meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Yusri (kanan) menyampaikan Sijil Penarafan Bintang kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perak, Senior Asisten Komisioner Luqman Abdul Rahman (kiri) pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan IPK Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Lelaki yang melecur 90 peratus akibat kebakaran kereta dan motosikal bersama teman wanitanya di kawasan perumahan di Taman Utama, Bercham di sini kelmarin, meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 64 tahun itu meninggal dunia pada pukul 6.52 petang ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, mangsa wanita berusia 57 tahun yang melecur 70 peratus turut dirawat di ICU hospital sama dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Bagi siasatan kes cubaan membunuh ini, beberapa tindakan dijalankan di mana pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mengambil sampel daripada dua kenderaan yang terbakar itu.

“Pasukan bomba juga telah melakukan pemeriksaan dan kita sedang menunggu laporan daripada mereka berkaitan punca kebakaran itu berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan IPK Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohd. Yusri berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan empat individu bagi membantu siasatan melibatkan dua jiran mangsa wanita dan dua lagi anak perempuannya.

Beliau memberitahu, kereta yang terlibat dalam kebakaran itu didaftarkan atas nama anak perempuan mangsa dan salinan geran kenderaan itu juga telah diperolehi.

“Polis akan merakam percakapan mangsa wanita bagi mengenal pasti motif kejadian sebaik sahaja dia sedar,” ujar beliau.

Terdahulu, media melaporkan dua individu melecur teruk dalam kebakaran pada pukul 10.18 pagi melibatkan kereta jenis Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI