fbpx

Along bakar kereta, rumah kerana pemilik terdahulu berhutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ling Ling (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat selepas keluarganya menerima ancaman sindiket along dalam sidang akhbar di Pejabat ADUN Johor Jaya di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita bimbang akan keselamatan keluarganya apabila ancaman sindiket along terhadap mereka semakin berbahaya sehingga sanggup membakar rumah.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ling Ling, 22, berkata, sebelum itu, sindiket sama pernah membuat ugutan dengan membakar kenderaan keluarga mereka, awal bulan lalu.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada 1 Februari lalu, ketika kenderaan jenis Proton Persona miliknya ahli keluarganya yang berada di depan kediaman mereka di Taman Johor Jaya, di sini dibakar.

“Dalam kejadian itu, bahagian bumbung, bonet hadapan, cermin besar hadapan dan pintu bahagian penumpang hadapan rosak, sebelum api sempat dipadamkan bapa selepas dengar jeritan jiran.

“Malah kelmarin, ketika sedang berada di Permas Jaya, pada lebih kurang pukul 4.54 pagi saya terima notifikasi amaran televisyen litar tertutup (CCTV) dari kediaman memaklumkan ada kebakaran berlaku.

“Pemeriksaan CCTV mendapati sebuah kereta Perodua Myvi bewarna putih dinaiki tiga individu melempar dua objek ke halaman rumah hingga mengakibatkan kebakaran pada bahagian halaman rumah,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, di sini.

Tambah Ling Ling, dia bagaimanapun tetap bersyukur kerana ahli keluarganya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

“Saya ada membuat carian alamat rumah keluarga saya di laman sosial Facebook (FB) dan mendapati terdapat satu akaun FB telah memuat naik gambar kad pengenalan seorang lelaki merupakan pemilik rumah ini sebelum dibeli bapa saya.

“Lelaki itu didakwa telah berhutang dengan pemilik akaun FB yang dipercayai terlibat dengan sindiket along. Jadi ancaman yang kami terima ini bukan disebabkan kami sebaliknya pemilik kediaman ini yang terdahulu,” ujarnya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Johor Jaya.

Sementara itu, ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung pula memberitahu, pihaknya berharap polis akan dapat membuat siasatan berhubung perkara tersebut kerana tindakan along telah membahayakan nyawa orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI