fbpx

Ahli keluarga Bella diminta hormati proses mahkamah – Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Kumar (tiga dari kiri) pada Majlis Pelancaran Jelajah Ramadhan My MyFundAction di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Ahli keluarga arwah Mila Sharmilah Samsusah, 32, atau Bella, diminta untuk menghormati prosiding mahkamah berhubung kejadian bunuh ibu tunggal terbabit.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, siasatan pihaknya berhubung kes pembunuhan itu telah dilengkapkan manakala suspek telah dituduh di mahkamah.

Menurut beliau, mahkamah akan menjatuhkan keputusan terhadap suspek, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, setelah perbicaraan dijalankan.

“Siasatan telah dijalankan dan suspek telah dituduh, saya rasa selepas ini kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Perbicaraan akan berlangsung dan setiap individu terlibat akan diberi peluang untuk membela diri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Jelajah Ramadan MyFundAction di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan ahli keluarga Bella, khususnya kakak arwah, Norhisham Samsusah, 36, yang dilihat lantang bersuara berhubung kejadian tersebut di platform media sosial.

Tambah Kumar, pihaknya bagaimanapun perlu melihat kandungan media sosial yang dimuat naik ahli keluarga Bella sebelum sebarang tindakan diambil.

“(Dakwaan melakukan provokasi) Saya perlu lihat dahulu apa kandungan ‘posting’ tersebut sebelum membuat sebarang tindakan,” jelasnya lanjut.

Pada 24 Januari lalu, Mohammad Haikal didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Bella Disember lalu antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI