fbpx

17,762 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKMAN bertanya sesuatu kepada individu warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu khas dijalankan di Plaza Tol Skudai arah selatan, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 17,762 saman ke atas pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, bulan ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-undang JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan itu termasuklah tiada Lesen Memandu Malaysia (LLM) iaitu sebanyak 6,380 saman, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) (2,120), tiada insurans (1,843) dan lain-lain kesalahan (7,419).

Menurut beliau, saman ke atas warga asing itu antara 165,553 saman dikeluarkan pihaknya dalam operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negara.

“Jumlah saman tertinggi dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu iaitu 42,505 saman (26 peratus), gagal perbaharui dan tiada lesen sebanyak 32,979 saman (20 peratus).

“Selain itu, kesalahan teknikal sebanyak 29,976 saman, tiada insurans 27,239 saman, lain-lain kesalahan 20,264 saman dan memandu secara tidak selamat sebanyak 7,340 saman,” katanya selepas mengetuai operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai arah selatan, di sini semalam.

Tambah Lokman, pihaknya menahan 33 pemandu termasuk pemandu kenderaan awam kerana positif dadah. Antara dadah dikesan termasuk syabu, ganja jenis tetra hydrocannibol (THC) dan opiat.

Sebanyak 768,276 kenderaan diperiksa dan 6,413 daripadanya telah disita atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI