fbpx

Tiada unsur jenayah kanak-kanak autistik lemas di Taman Medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak austistik yang ditemui lemas di tasik kawasan rekreasi Taman Aman semalam.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes kanak-kanak lelaki autistik berusia lima tahun yang ditemui lemas di tasik kawasan rekreasi Taman Aman, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapanya pada pukul 6.30 petang semalam selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun hilang.

“Pada pukul 3.30 petang, mangsa didapati hilang semasa bermain dengan kembarnya setelah bapanya tertidur semasa sedang memerhatikan anak-anaknya yang sedang bermain di sekitar kawasan taman tersebut.

“Pengadu telah cuba mencari anaknya yang hilang di sekitar kawasan tersebut namun masih tidak menjumpainya.

“Pengadu telah menerima panggilan daripada orang awam yang telah menjumpai anaknya terapung di atas permukaan tasik tersebut lebih kurang dalam jarak anggaran empat meter daripada tebing tasik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang unsur-unsur jenayah dan manakala perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa disyaki akibat lemas.

“Hasil bedah siasat Jabatan forensik Hospital Sungai Buloh mendapati tiada kesan kecederaan atau kesan penderaan lain pada anggota badan mangsa. Doktor mengklasifikasi punca kematian mangsa (cause of death) adalah mati lemas (drowning).

“Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut memandangkan tiada unsur-unsur jenayah,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, siasatan akan diteruskan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya.

Semalam, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak itu ditemui pemancing sekitar pukul 7 malam.

Mangsa ditemui di tengah tasik yang merupakan kolam tadahan banjir dan telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Ibu mangsa, Nur Hidayati membuat hantaran dalam sebuah kumpulan di Facebook bagi menguar-uarkan kehilangan anaknya itu.

“Saya mohon bantuan. Anak saya umur enam tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar pukul 4 petang tadi.

“Masih cari tak jumpa. Jika Ada nampak mohon call Saya 013-4059569 kerana anak saya autisme,” tulisnya dalam hantaran itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI