fbpx

TDM catat keuntungan sebelum cukai RM15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH sebuah hospital milik TDM.

KUALA TERENGGANU – Kumpulan TDM Berhad (TDM), yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM15 juta tahun lalu, berbanding RM36.2 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2022.

Pengerusi TDM, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, prestasi berkenaan disebabkan penurunan pendapatan perniagaan perladangan sebanyak 22 peratus pada 2023.

“Begitupun, penurunan tersebut berjaya ditampung sebahagiannya oleh penambahan pendapatan bahagian penjagaan kesihatan sebanyak 19 peratus,” katanya di sini. 

Farok Hussin berkata, bahagian penjagaan kesihatan menunjukkan peningkatan memberangsangkan berikutan peningkatan pesakit yang menerima rawatan di rangkaian pusat perubatan milik Kumpulan TDM.

Jelas beliau, bilangan pesakit yang dirawat meningkat 13 peratus, manakala kadar penghunian katil hospital naik 15 peratus. 

“Bagi suku keempat tahun ini, sebanyak 72 peratus katil disediakan di rangkaian hospital kami diisi pesakit, iaitu kenaikan 11 peratus berbanding suku sebelumnya. 

“Sehubungan itu, keuntungan sebelum cukai bagi bahagian penjagaan kesihatan melonjak kepada RM31.3 juta pada tahun lalu berbanding cuma RM16. 5 juta pada tahun kewangan 2022,” katanya. 

Tambah beliau, sebaliknya pendapatan bahagian perladangan merosot disebabkan purata harga minyak sawit mentah (CPO) dan isirung sawit (PK) yang lebih rendah tahun lalu.

“Sokongan derivatif Bursa Malaysia yang kini pada tahap antara RM3,750 dan RM3,700 berkemungkinan bergerak secara mendatar sepanjang suku pertama tahun ini. 

“Ia disebabkan pengeluaran, bekalan dan permintaan luar negara yang rendah ekoran persaingan dengan minyak kacang soya, mandat biodiesel domestik Indonesia, keadaan politik di Asia Barat serta konflik Rusia-Ukraine yang berterusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI