fbpx

Polis buka siasatan cubaan bunuh kes pasangan kekasih melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Kes dua individu parah akibat melecur dalam kebakaran kereta dan motosikal di kawasan perumahan di Bercham di sini hari ini, diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

Difahamkan, mangsa yang terlibat dalam insiden itu merupakan pasangan kekasih.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, saksi memberitahu mendengar pertengkaran antara mangsa lelaki berusia 67 tahun dan wanita berusia 54 tahun sebelum kebakaran berlaku.

“Apabila saksi keluar, dia melihat kenderaan dan kedua-dua mangsa telah pun terbakar. Kedua-dua mangsa mengalami kesan lecur yang teruk dan kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan kita akan merakam keterangan saksi-saksi terlibat. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI