fbpx

Lelaki maut, kemalangan dua kenderaan di Ladang Gomali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Ladang Gomalu, Ladang Gomali, Segamat semalam.

SEGAMAT – Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Ladang Gomali, Ladang Gomali di sini malam semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd. Hazim Abdul Razak, pihak bomba menerima panggilan kecemasan, pada pukul 10.29 malam mengenai kejadian.

Menurutnya, setibanya pihak bomba di tempat kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah kereta jenis Proton Preve.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang berusia 36 tahun yang tersepit di dalam Perodua Viva dengan menggunakan peralatan rescue tools sehingga mangsa tersepit berjaya dibawa keluar.

“Malangnya, mangsa tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Muhd. Hazim, mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Tiga lagi mangsa dari Proton Preve telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Segamat menaiki kenderaan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI